Saturday, April 9, 2011

KHAIRUN WA BAROKAH

Firman Allah Ta’ala:

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya. Dan Allah maha Luas (Pemberiannya), lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)


Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita. Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang kerana Allah sendiri akan memampukan kita nanti.


Andai kita belum yakin dengan ayat Allah, maka perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bahkan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:


Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)

(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus


Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda: 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt , seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya

(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.


Abu Bakar As Siddiq pernah berkata Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan, maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".


Allah telah berfirman Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya(QS Annur:32)


Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan, keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai Tuhan untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan yang terbaik bagi mengikatkan hubungan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman. Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.


Rasullah bersabda lagi, Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :

Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang, seandainya baginda merestuinya, maka pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,

Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,

(baligh) lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosa, maka dosanya akan di tanggung oleh ayahnya".


(Hadith riwayat Baihaqi)

Ibnu Mas’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku nescaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Sahabat-sahabat sekalian, seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini, maka apa lagi yang dinanti, berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah seandainya berkemampuan. Kerana hadith yang menyuruh berbuat demikian berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:

"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya, wahai abu abdul rahman; mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampaumu yang indah"


Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "



"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal diri iaitu benteng nafsu"

(Hadith riwayat Muslim)

Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya, maka serahkanlah semuanya pada Allah. Dialah yang memberi rezeki dan membuka jalan rezeki bagi kita. Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu, seandainya dia terus membiarkan dirinya saja, tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab “sesungguhnya aku tidak mampu”. Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sungguh-sungguh sepenuh hati, namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.


Seorang lelaki mengadu kepada seorang sahabatnya yang mana beliau mengatakan bahawa dirinya masih lagi kurang iman, "Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” maka jawab sahabatnya "Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan bernikah, kerana tidakkah dengan pernikahan itu akan menyempurnakan separuh dari agama?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah. Bagaimana sahabat-sahabatku sekalian? Luruskan niatmu, tekadkan azammu, janganlah hendaknya kita bernikah di sebabkan keseronokkan di dalamnya sahaja. sebaliknya berkatalah dengan nada yang baik bahawa sesungguhnya Aku bernikah kerana ALLAH dan RASUL.

Dan carilah pernikahan yang barakah. Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya. Zaid anak angkat Nabi, kekasih nabi, panglima perang, manakala Zainab pula adalah ummahaatul mukminaat, yang tidak sesekali mudah imannya jika sekiranya diuji. Mungkinkah lagi keimanan mereka diragukan. Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT kerana kebahagiaan bukan terletak pada kesenangan hidup semata-mata, dengan banyaknya harta atau indahnya pasangan dan seumpamanya. Bahagia itu terletak pada, firman Allah yang bermaksud:

Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”.

(QS ar-Ruum:21)



Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERTANDANG KE MEDAN DAKWAH ANA YANG DAIF INI, SEMOGA TINTA PENA YANG TERHIDANG DAPAT KITA HAYATI BERSAMA.
salam ukhwah dariku, amirosafwan.