Tuesday, December 29, 2009

MENGAPA LIDAH KELU DISAAT KEMATIAN BERTAMU?

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT sekalian. Mengapa lidah kelu disaat kematian?

Tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut. Subhanallah.

Diriwayatkan dalam hadith yang bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.


Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 atau $50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Sunday, December 27, 2009

MEMILIH PASANGAN MENGIKUT SUNNAH

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya
dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:
1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

BERKAHWIN KETIKA BELAJAR

Perkongsian bersama...

InsyaAllah ana teringin nak menyumbang idea dan pandngan mengenai isu ini, tapi bukanlah daripada pengalaman sendiri tetapi sekadar berkongsi ilmu yang diperolehi daripada pembacaan dan pemerhatian.


Berkahwin ketika belajar ni ada pro dan kontranya, tapi kedua-dua kesan tersebut berbalik kepada bagaimana dan sejauhmana kebijaksanaan mereka (pasangan suami isteri tersebut mengendalikan) bahtera rumah tangga mereka. Maklumlah nak ngadap buku lagi, keluarga, anak dan amanah lain yang dipikul bersama. Sebab itu kalau nak mendirikan masjid ketika blajar ni sebaik-baiknya kedua-duanya perlu memiliki persediaan yang mantap dari segi rohani dan jasmani, fizikal dan mental, material serta ilmu-ilmu yang berkaitan dgn pengurusan rumah tangga dan kekeluarga.


Persoalannya disini, bagaimana kalau persediaan yang ada masih tidak mantap tetapi kedua-dua belah pihak bersedia untuk mendirikan rumah tangga? Maka ada baiknyalah kita semua mengambil kira hal-hal berikut:

1) Memberi peluang terhadap pasangan masing-masing untuk mempelajari, memperbaiki kelemahan diri disamping mengadaptasi suasana baru sebagai suami isteri.

2) Sabar, saling mempercayai, bertolak ansur, saling bantu membantu kepada pasangan anda. Berusaha memahami kondisi masing-masing yang mempunyai komitmen lain sebagai pelajar, suami/isteri, bapa/ibu, tanggungjawab sebagai anak (tanggungan keluarga) dan yang seumpama dengannya. Dalam hal ini, kita perlu saling memberi semangat, sokongan dan saling menguatkan pasangan masing-masing sekiranya rumah tangga anda menghadapi masalah dari segi kewangan dan sebagainya.


3). Sekiranya berhadapan dengan masalah yang melibatkan kedua belah pihak, cubalah cari penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan. Bersikap matang dan rasional serta selalulah berbincang dari hati ke hati bagi mewujudkan persefahaman antara satu sama lain.

(justeru itu, kedua2nya perlu memiliki mind setting yg betul+tepat mengenai perkahwinan yg dibina…ikatan perkahwinan bkn utk sehari dua, tetapi utk selamanya bahagia dalam redha Allah dunia dan akhirat…maka kedua2nya perlu berfikir kearah yg positif…jika belahrlaku permasalahan atau salah faham..segera diselesaikan..tetapi bukan dgn mengambil jalan mudah..perceraian tetapi keputusan tersebut perlu kearah mencari jalan perdamaian antara kedua belah pihak…memikirkan masa depan anak2,hubungan baik kedua2 belah keluraga suami dan isteri serta mahligai yg dibina.)

4) Bersedia menghadapi susah dan senang hidup bersama, tidak meminta perkara2 yang tidak munasabah mahupun yang diluar kemampuan pasangan masing2.

5) Menerima pasangan anda seadanya dengan tidak memperlekehkan keupayaan mereka, saling menghormati antara satu sama lain. Ini kerana, selepas berumahtangga baru kita kenal perangai sebenar pasangan kita..’alakulillha..lihatlah pada kelebihan mereka, sekiranya nampak kekurangan maka tegurlah secara berhikmah dan bijaksana agar kedua2nya dapat memperbaiki mana2 yg kurang pada diri sendiri.

6) Menghormati serta menerima keluarga pasangan anda seadanya. Sokongan daripada pihak keluraga (suami dan isteri) ini amat penting sekali bg pasangan yg berkahwin ketika belajar sebaik2nya, biarlah keputusan anda yg ingin mendirikan masjid ini mendapat keredhaan dan restu drpd mereka ( ibubapa) hal ini kerana, keluarga adalah mereka yg paling dekat kita utk membantu kita dalam kesusahan.

7) Membetulkan niat utk mendirikan masjid, sedar pernikahan dan perkahwinan bukan shja mengenai keseronokkan setelah sah menjadi suami dan isteri, tetapi juga melibatkan mengenai amanah Allah yg dipikul sebagai suami keatas isteri, isteri terhadap suami, ibu dan ayah terhadap anak2 yang akan lahir dan sebagai anak/menantu kepada keluarga kedua2 belah pihak. Hal ini kerana keluraga adalah merupakan satu unit yg berperanan utk melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang.

(hal ini perlu diambil berat kerana antara salah satu punca keruntuhan moral yg berlaku pada hari ini adalah berpunca drpd keluarga yg tidak bahagia…meninggalkan gaya hidup ketika bujang…mematang dan mendewasakan diri…ade perancangan dalam pengurusan rumah tangga yg teratur…tidak bersikap lepas tangan… tetapi same2 berusaha utk mencapai kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga..menjauhi segala perkara yg boleh yang boleh membawa kepada salah faham…tidak membesarkan perkara yg remeh-temeh…serta mempunyai matlamat yg jelas tentang masa depan rumah tangga yang dibina.)

9) Mengenai aspek material dan ekonomi juga perlu bijak menguruskannya..maka sekiranya tidak berkemampuan, maka janganlah mendesak pasangan anda atau mengharapkan kehidupan yang serba mewah…hal ini perlu ditekankan..kerana setelah berkahwin..sekiranya anda memilih utk tinggal dirumah sewa..anda perlu berfikir mengenai soal kos kehidupan..belanja sewa rumah, barang2 dapur2..keperluan anak2..api dan elektrik dan sebagainya..berbincang dan carilah jalan yang terbaik utk mengatasi masalah ini..insyaAllah sekira matlamat perkahwinan ini kerana Allah…walau bagaimana susah sekalipun anda berhadapan dgn masalah kewangan..pasti ade jalan keluarnya..tapi yang penting..mesti ada inisiatif ,usaha dan kesungguhan…cari alternatif utk sumber kewangan..bukan hanya duduk goyang kaki.

10) Berusahalah utk memenuhi ilmu didada terutamanya ilmu agama agar kita diperteguhkan iman dan diberi kekuatan jiwa dalam melayari kehidupan dalam alam rumah tangga. Berusahalah utk sama2 mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga berteraskan Islam (sunnah rasulullah saw.)

InsyaAllah…walau terpaksa berhadapan dgn pelbagai kepayahan..namun sentiasa ade keberkatan dalam rumah tangga tersebut…inilah hikmahnya apabila kita sentiasa istiqamah utk menghidupkan suasana keluarga yang ade roh islam (biah soleh dan solehah) dan kembali kepada Allah subhanahu wataala dalam segala urusan yang kita laksanakan.

insyaAllah..zuriat yang lahir menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita semua,amin ya rabbal’alamin.

Maka disini dapatlah ana simpulkan bhw..perkahwinan dalam usia muda bagi mereka yg sedang belajar ini,insyaAllah..bukanlah penghalang kepada tumpuan kita dalam bidang pelajaran . perkahwinan ini bukan sahaja dapat mencegah drpd kemungkaran dan maksiat, malah memberi banyak manfaat drpd segi ketenteraman jiwa, aspek pembentukan peribadi muslim sejati (sbg peminmin keluarga), melahirkan genarasi rabbani, mewujudkan suasana keluarga yg harmoni semata2 utk mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Dan renungilah…
(“sesungguhnya apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi meskipun tidak seiring dgn kehendak kita..tetapi apa yang kita ingini TAK mungkin menjelma apabila tidak seiring dengan kehendak Ilahi.”) -imam as-syafie

Semoga ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. I.Allah..

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha’ dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan seisinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

Ya Allah, apa yang telah ku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Kau tegah dari melakukannya sedangkan aku belum bertaubat daripadanya, sedangkan Engkau tidak redha ke atasku, aku mohon rahmatmu ya Tuhan, ampunkanlah dosa-dosa hambamu yang lemah dan hina ini.

Buat ayahanda dan bonda tercinta, salam kemaafan anakanda pohonkan dari kejauhan, doakan kejayaan dan keberkatan anakanda di sini, segala pengorbananmu hanya Allah sahajalah yang mampu membalasnya. Buat adik-adikku yang tersayang, belajarlah rajin-rajin dan sungguh-sungguh, sesungguhnya untuk membina kejayaan ini amat pahit mulanya, tetapi kejayaan yang bakal dikecapi nanti amat cukup kemanisannya. Buat sahabat-sahabat seperjuangan di undun mahupun di tanah air, marilah sama-sama kita menimba dan menggali ilmu Tuhan ini sebanyak yang mungkin, beramal dengannya dan seterusnya memanfaatkannya ke arah kebaikan demi kemaslahatan bersama.

Semoga kesempatan tahun baru hijriah 1431 yang berpeluang kita sambut bersama ini, sama-samalah kita renung kembali ke dalam diri, di sana pasti ada sejadah iman yang kian terkoyak, yang perlu dijahit kembali agar mehnah yang bakal bertandang nanti mampu kita tempuhinya. wassalam.

Sunday, December 13, 2009

KISAH SEBIJI CAWAN

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat).

Saturday, December 5, 2009

SOLAT BERJAMAAH IMBANGI CAS DALAM BADAN MANUSIA


Seorang Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.

Subhanallah adakah kita mensyukuri nikmat bersama Islam ini? Renungilah bersama.


Saturday, November 21, 2009

TANGISAN DALAM ISLAM

Belaianmu amat bernilai ummi

Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Tangisan seperti ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang diratapinya itu turut terseksa kerana perbuatannya. Ini berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah. Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon ampun dari Allah. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:

1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah

Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.

Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata kepada Ubay bin Ka’ab: “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah al-Bayyinah ayat 1, “Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,” Ubay bertanya : Apakah Allah menyebut namaku? “Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana mendengar berita gembira itu). Ayat tersebut menyatakan tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi dan Nasrani) kenal Nabi Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat akhir zaman, tetapi setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda.

2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan

Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah. Keadaan sebegini akhirnya akan mendorong seseorang itu bertaubat dan seterusnya kembali ke jalan yang benar. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 82 Surah al-Taubah:

“Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”

3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah

Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi. Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan akibat rasa keimanan yang begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam ayat 58, Surah Maryam;

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka segera sujud serta dan menangis.”

4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawaduk

Tangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya. Bahkan, orang yang mencapai tahap kekhusyukan itu termasuk salah satu dari tujuh golongan yang memperoleh keistimewaan pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah:

“Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) : Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dalam keadaan rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Bimbang terputusnya rahmat Allah

Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu. Sebagai contoh, pada suatu hari sesudah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahinya. Sebaik sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis.

Kedua-dua tetamunya itu lantas bertanya,Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik? Ummu Aiman menjawab, Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti). Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.

6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran

Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang diterima itu. Hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah seperti firman-Nya:

Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan. Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami bersama kaum yang soleh.

(Surah al-Maidah:83-84)

Daripada maksud firman Allah tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan di sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat yang besar. Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana Allah sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: Kami datang kepada Rasulullah sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana.

KELEBIHAN ZULHIJJAH

Sabda Rasulullah s.a.w : “Dan tiadalah hari yang beramal soleh padanya paling dicintai oleh Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah ini. Sahabat bertanya, “Hatta jihad dijalan Allah (pun tidak dapat menandingi kelebihan yang ada pada hari itu?)” Jawab baginda, “Ya termasuklah jihad fi sablillah, kecuali mereka yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawanya kembali walau sedikit.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Oleh yang demikian, ana berpesan pada diri ini serta sahabat2 seperjuangan skalian, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan soleh seperti zikir (tasbih, tahmid dan takbir) serta ibadat sunat yang lain pada 10 hari pertama di bulan zulhijjah ini (1 zulhijah tahun ini bersamaan 18 november dan 10 zulhijah bersamaan dengan 27 november 2009). insyaAllah, mudah-mudahan kita mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah Taala.

Tuesday, November 17, 2009

JIWA SEORANG DAEI

Benarlah dalam jiwa seorang daei itu perlunya ada sifat sentiasa positif pada orang lain.. jika seorang itu telah melakukan dosa besar, tidak mustahil dia akan bertaubat dan menjadi lebih baik dari ahli ibadah..kerna hidayah itu mutlak milik Allah SWT. jadi di situlah peranan para daei untuk menjadi indikator kepada perubahan yang akan dilakukan oleh pendosa itu...menghulurkan tangan dengan penuh kasih sayang dan pengharapan supaya orang itu bertaubat.serta huluran doa yang tidak putus ke hadrat Allah SWT..bak kata seorang murabbi, "pandanglah seseorang itu dari kacamata dakwah".. tapi para daei.. perlu juga berhati-hati dalam mendekati sang pendosa.. kerana apa? kerana terkadang pendosa yang telah Allah gelapkan fikirannya, dan Allah tutupkan pintu hatinya dan orang-orang ini tidak lain hanya berpura-pura insaf di hadapanmu dan menunjukkan sifat naifnya untuk memancing simpatimu sedang dalam hatinya mengintai-intai peluang untuk mencelakakanmu... maka berlindunglah di bawah naungan cinta Allah SWT...itulah yang dinamakan 'hazar dalam berdakwah.'

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERTANDANG KE MEDAN DAKWAH ANA YANG DAIF INI, SEMOGA TINTA PENA YANG TERHIDANG DAPAT KITA HAYATI BERSAMA.
salam ukhwah dariku, amirosafwan.